Jodohku adalah rahsia ALLAH.
Setiap kali terfikirkan tentang jodoh, selalu tertanya2. Pada akhirnya nanti dengan SIAPA aku akan MENIKAH..siapakah dia yang akan menjadi IMAM dalam solatku, siapakah dia yang akan menjadi NAKHODA dalam bahtera rumahtanggaku..
Apapun, Allah adalah sebaik-baik pengatur..HIKMAH pasti ada di hujung lorong ujian..cuma, manusia selalu KURANG SABAR..belum sampai ke hujung jalan, sudah BERPUTUS ASA..lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya? Jodoh, memang misteri Illahi..sampai masa dia PASTI datang..membawa kita terbang bersama cuma perlu SABAR.
